Ahad, 4 Februari 2024

Jom berkhemah di Pulau Kapas

 Pulau Kapas adalah salah satu tarikan pelancongan yang terletak di Marang, Terengganu.

Biarpun tidak terkenal seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang, pulau ini mempunyai keistimewaan dan keindahan tersendiri yang membuatkan anda harus melawat ke pulau kapas.

Sesuai dengan namanya, Pulau Kapas menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara kerana memiliki pesisir pantai berwarna putih seperti kapas.

Selain itu, ada banyak lokasi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berkunjung ke pulau terbabit.


Terletak hanya 10 minit dari jeti Marang, pengunjung mempunyai pilihan sama ada ingin pulang pada hari sama atau menginap di chalet dan resort disediakan. 

Jika inginkan kelainan dan menjimatkan wang, anda boleh memilih berkhemah di tapak yang disediakan dengan harga sangat berpatutan


Baru-baru ini penulis bersama beberapa rakan bercuti ke pulau ini di bawah kendalian Kapas Marine.

Sebelum menaiki bot, kami diminta berkumpul di Jeti Marang. Sementara itu, penulis mengambil peluang menikmati nasi dagang ikan tongkol di Pasar Marang sebelum bertolak ke Pulau Kapas sekitar jam 9 pagi.


Konsep percutian kali ini adalah perkhemahan. Sebaik tiba, kami diminta memasang khemah sendiri.

Bagi kali pertama yang mengikuti program seperti ini, agak sukar untuk mereka memasang khemah dan banyak kejadian lucu berlaku termasuk khemah dipasang terbalik atau runtuh. Mujur ada penganjur membantu mereka.

Selepas memasang khemah, sementara menanti makanan tengah hari siap, kami diberi peluang membuat aktiviti bebas di kawasan sekitar.


Penulis memilih melakukan aktiviti selam snorkel. Kejernihan air membolehkan penulis menikmati keindahan batu karang yang berwarna-warni.

Pada sebelah petang, kami dibawa ke belakang pulau untuk mendaki Bukit Berakit dan mandi di 'blue lagoon'.


Kemudian, kami terus dibawa ke jeti berhampiran untuk menikmati keindahan matahari terbenam.

Pada sebelah malam, penganjur mengadakan sesi perkenalan antara peserta untuk mengeratkan ukhuwah sesama kami.


Pada hari kedua, selepas sarapan, kami bergerak ke Bukit Singa. Nama Bukit Singa diperoleh kerana bentuk bukit yang menyerupai kepala singa.

Mendaki Bukit Singa adalah aktiviti wajib sekiranya berkunjung di pulau ini. Untuk ke sini, kami perlu melalui pesisir pantai dan batu-batuan tajam.

Sampai sahaja di puncak Bukit Singa, penat lelah kami terbayar apabila dihidangkan dengan pemandangan indah dengan laut terbentang luas di depan mata.


Selesai bergambar, kami diminta terjun dalam laut untuk menyejukkan badan sebelum kembali ke tapak perkhemahan.

Pada sebelah petang, kami ke jeti untuk meneruskan aktiviti bermandi-manda.



Seterusnya pada sebelah malam pula, kami meluangkan masa dengan bermain pelbagai permainan yang disediakan dan paling menarik setiap acara ada hadiah disediakan penganjur.

Pada hari terakhir, sebelum bertolak pulang, kami diminta mengemas semua tinggalan dan sampah-sarap

Banyak kenangan indah tercipta sepanjang tiga hari dua malam bercuti di Pulau Kapas ini. Jika diberi peluang, penulis ingin kembali membina kenangan baharu di pulau ini!

Korang boleh booking servis bot dan penginapan di pulau kapas melalui team Kapas Marine yang memang ohsem !


"Click This To More Information About Pulau Kapas"











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA KE PULAU KAPAS – HARGA TIKET & JADUAL BOT PULAU KAPAS 2024

  Tercari-cari cara yang terbaik untuk ke Pulau Kapas ? Ingin tahu juga harga tiket dan jadual bot untuk ke sana? Jom! Kami bantu anda untuk...