Khamis, 15 Februari 2024

CARA KE PULAU KAPAS – HARGA TIKET & JADUAL BOT PULAU KAPAS 2024

 Tercari-cari cara yang terbaik untuk ke Pulau Kapas ? Ingin tahu juga harga tiket dan jadual bot untuk ke sana?

Jom! Kami bantu anda untuk maklumat yang lengkap supaya mudah anda menyusun jadual perjalanan dan aktiviti.

Pulau Kapas terus menarik perhatian pengunjung dengan pantainya yang indah, air laut yang jernih, dan alam semula jadi yang menakjubkan.

Pulau ini juga menjadi destinasi popular untuk pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan rekreasi di persekitaran yang tenang.


Cara Ke Pulau Kapas Melalui Jeti Marang

Pulau Kapas terletak 6 kilometer atau 10 minit sahaja dari Jeti Marang. Pastikan anda menuju ke daerah yang betul kerana seringkali orang luar keliru dengan nama Marang dan Merang.

Jeti Merang digunakan untuk menaiki bot ke Pulau Redang.

Manakala, Jeti Marang pilihan pelancong untuk ke Pulau Kapas.

Awas kalau tersilap. Jenuh juga tu nak patah balik. Lebih kurang 40 minit jaraknya.


Memandu Kenderaan Sendiri

Jika anda memandu sendiri kenderaan, anda boleh parking kenderaan anda di Jeti Marang.

Harga parking adalah RM9-RM11 semalam.

Sebelum anda tinggalkan kenderaan, pastikan tiada barang berharga.

Selain itu, pastikan tingkap kereta tertutup rapat dan kereta di kunci dengan selamat.

Anda juga boleh dapatkan kupon parking dan juga tiket bot di kaunter pertama yang anda akan jumpa sebelum sampai di jeti.


Menaiki Kapal Terbang

Jika anda menaiki flight, anda boleh menempah tiket penerbangan dari KLIA ke Airport Kuala Terengganu.

Dari Kuala Terengganu, anda boleh ambil Taxi atau E-hailing untuk teruskan perjalanan dan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk tiba di Jeti Marang. 

Untuk lebih jimat anda boleh menaiki Taxi atau E-hailing ke hentian bus di Kuala Terengganu dan terus menaiki bus "lompat" disana.

Dari Kuala Terengganu anda akan turun di hentian bus Marang.Dari sana,anda cuma perlu berjalan sejauh 300 meter untuk sampai di jeti.


Menaiki Bas 

Jika anda menaiki bas, anda boleh turun di Terminal Bas Kuala Terengganu (MPKT) dan kemudian menaiki taxi atau Grab untuk ke Jeti Marang.

Pilihan terbaik adalah anda boleh turun di Hentian Bus Marang,dari sana anda cuma perlu berjalan sejauh 300 meter untuk sampai di jeti

Di Jeti Marang, terdapat kemudahan tandas dan surau jika anda memerlukan.

Sebaiknya anda memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti laut.

Untuk wanita, lebih sesuai memakai seluar kerana memerlukan anda untuk melangkah ke bot dan menaiki tangga.

Pastinya kenangan ini membuatkan anda tak sabar dan teruja untuk tiba di Pulau Kapas.



Bot Ke Pulau Kapas 

Perjalanan ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 10 minit. Tiket boleh dibeli terus di Jeti Marang ataupun sebaiknya anda terus menempah tiket bot secara atas talian melalui Kapas Marine untuk mengelakkan tiket habis dijual pada hari trip anda ! Hal ini biasa terjadi pada hari-hari cuti.

Harga tiket yang ditawarkan untuk perkhidmatan bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas bergantung pada syarikat bot yang dipilih, aktiviti yang ingin dilakukan , musim serta kategori umur penumpang. Kapas Marine biasanya mengekalkan harga yang paling berpatutan dan tidak berubah-ubah dikala musim cuti tiba.

Antara syarikat bot yang menawarkan perjalanan ke Pulau Kapas ialah Mak Cik Gemok Boat Service, Suria Link Boat Service dan Kapas Marine Boat Service.

Berikut merupakan contoh harga tambang bot ke Pulau Kapas bagi pelbagai kategori umur dan ianya berubah mengikut aktivit yang ingin dilakukan.

Harga disenaraikan merupakan harga perjalanan bagi dua hala :

  • ◾Dewasa – dari RM 39.00
  • ◾Kanak-kanak – dari RM 25.00
  • ◾Kanak-kanak bawah 3 tahun – Percuma

Perkhidmatan bot disediakan hampir setiap hari bagi perjalanan ke Pulau Kapas. Bot pertama biasanya akan berlepas pada pukul 8.00 pagi dari Jeti Marang. 

Manakala, bot terakhir adalah pada 5.00 petang. Pastikan anda menyusun waktu sebaiknya kerana tiada bot yang bergerak pada waktu malam kecuali private boat yang boleh ditempah melalui syarikat Kapas Marine .





Jadual Perjalanan Bot

Jadual Perjalanan Bot adalah seperti berikut :

Jeti Marang ke Pulau Kapas

Bermula 8:00am - 3:00pm (1:00pm berhenti solat Jumaat)

Pulau Kapas ke Jeti Marang

8:30am- 5:30pm (1:30pm berhenti solat Jumaat) 


For more details ,please deal with our main service provider company , Kapas Marine


Perancangan Awal Penting

Nasihat kami kepada semua bakal pelancong yang akan berkunjung ke Pulau Kapas,rancanglah awal perjalanan anda dan tempahlah tiket bot dan penginapan seawalnya untuk mengelakkan masalah yang timbul pada hari trip terutama kepada yang ingin walk in di jeti, ini disebabkan tempat yang terhad tersedia untuk slot setiap perjalanan bagi memastikan semua pelancong berada dalam keadaan selamat dan selesa. Untuk penginapan pula, anda patut tahu di Pulau Kapas terdapat tidak banyak jumlah bilik yang disediakan oleh setiap resort, oleh itu lock slot percutian anda segera bersama kami !



“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Anda Sudah Berada Di Tempat Yang Tepat ! Kami Adalah Syarikat Yang menguruskan pelbagai aktiviti pelancongan di Pulau Kapas dan penginapan Di Pulau Kapas, Jom Travel Like A Local Bersama Kami Kapas Marine


Klik button booking di bawah untuk informasi lanjut dan terus menempah tiket ke Pulau Kapas !


"Click This To More Information About Pulau Kapas"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CARA KE PULAU KAPAS – HARGA TIKET & JADUAL BOT PULAU KAPAS 2024

  Tercari-cari cara yang terbaik untuk ke Pulau Kapas ? Ingin tahu juga harga tiket dan jadual bot untuk ke sana? Jom! Kami bantu anda untuk...